Monday, January 31, 2011

IKTIBAR CERITA (KARAOKE)

Atuk: Arif, kamu nak kemana ni?

Arif: Nak g karaoke la tok…

Atuk: Dgn sape tu?

Arif: Ala atuk ni dgn kwn2 arif la…

Atuk: Ade perempuan ke arif??

Arif: Ade la atuk, dyorang semua kan kawan arif jugak…

Atuk: Arif, arif tw tak hukum berkaraoke ni??

Arif: Emm setahu arif tak haram pun..

Atuk: Emm yg tu betul arif, tapi ada batasannya, adakah islam membenarkan lelaki
dan  perempuan yang bukan muhrim berhibur bersama, asalnya hukum berkaraoke ni harus tetapi boleh bertukar ke haram. Islam membenarkan kita berhibur, tetapi tidaklah terlalu lama dan adab serta batas pergaulan mesti dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah. Arif dgr cakap atuk, arif nak berseronok di dunia semata- mata sahaja ke nak berseronok di akhirat kelak?

Arif: Ala atuk jangan cakap macam ni, arif takut la atuk..mestilah arif nak dua-dua.

Atuk: Takut bermakna arif masih lagi boleh berubah, jadi arif berubahlah. Bukan atuk nak
          larang kamu berkaraoke, kamu boleh tapi kene janji dgn atuk..

Arif: Janji apa tok??

Atuk: Janji dgn atuk arif tak bercampur dgn perempuan semasa karaoke, tidak tinggal solat
walaupun sedang karaoke dan berhibur di tempat yang tidak akan menimbulkan maksiat atau fitnah.

Arif: Baik atuk, arif janji, nanti arif suruh dyorang tempah dua bilik karaoke supaya dapat
asingkan laki dan perempuan. Atuk terima kasih sebab tegur arif, arif tak taw sape lagi nak tegur arif.

Atuk: Arif jangan cakap macam tu, selagi atuk masih ada selagi tu atuk akan berusaha menegur
arif. Atuk tak nak tengok arif di timpa bencana. Mungkin bukan sekarang, tetapi ALLAH itu Maha Adil, setiap perbuatan itu ada balasanya…


Sekadar memberi pengajaran....
cerita tiada berkenaan atau bersangkut paut dengan siapa - siapa.

Tuesday, January 18, 2011

FRONT SEAT BOY DALAM KENANGAN........

Seperti mana yang aku katakana nama ni terhasil daripada sekolah lagi..

Aku telah membuat keputusan drastik untuk menukar nama ni..

Pada mulanya memang sukar kerana ku amat

Menyayangi nama ini….banyak kenangan terindahku

Bersama nama FRONT SEAT BOY ini…

Tapi akhirnya seseorang telah hadir menunjukkan sesuatu…

Seseorang itu telah menunjukkan kepada aku jalan

Untuk ku keluar dari lorong gelap…

Ku bersyukur kerana diriku telah diberi petunjuk

Alhamdulillah ku akan menggunakan nama yang baru..

Semoga dengan suntikan nama baru ini..

Aku akan membantu sedikit sebanyak dalam..

Penyebaran dakwah islam…insyaAllah…Amin

Yang tulus dan ikhlas seseorang yang…

Ingin berubah…

….Ainuddin….

Sunday, January 16, 2011

Ya ALLAH - LA TAHKZAN



Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29:


Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu
Ia berada dalam aktivitiNya.

            Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: Ya ALLAH!

            Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya;      dan para khalifah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru: Ya ALLAH!

            Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut:     
Ya ALLAH!

            Apabila pintu tertutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru: Ya ALLAH!

            Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru: Ya ALLAH!

            Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru: Ya ALLAH!

Telah kukhabarkan kepadaMU
Segala hal seperti cercaan.
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu kupanggil jelas namaMu
Di waktu subuh menanti
Dan setiap fajar menyingsing
Selalu terdengar namaMu terucap


            Hanya kepanya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang inilah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

            Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap, dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hari akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.


ALLAH Maha Penyayang terhadap hambaNya. (Asy-Syu’ara’: 19)
ALLAH: sebaik- baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan
KATA YANG PALING BERNILAI..

                                                                                                Post by ainuddin..
                                                                                                From book La tahzan…


Wednesday, January 5, 2011

Introduction


INi percubaan pertama ku..menulis atau mengarang sebagai cara meluahkan perasaan dan melepaskn segala tekanan di jiwa..Blog ini merupakan cita rasa aku..aku akan bahagikan kepada 2 bahagian. Yang pertama tentang diriku, dan kedua aku ingin menulis sedikit cerita…aku harap semua dapat terima keh.. kata orang perkara yang pahit itu harus dilupakan, tetapi aku telah diberitahu oleh seseorang bahawa perkara yang pahit itulah yang akan membuatkan kita hidup..so start daripada hari ini aku tidak akan mencuba untuk melupakan perkara pahit lagi kerana aku tahu itu yang akn mematangkan diri sendiri..tak mungkin perkara itu hilang begitu sahaja kerana ia merupakan sebahagian daripada hidup kita..janganlah kerana sekali dikecewakan anda terus nak memberontak..fikirkan bukan hanya kita seorang sahaja yang dikecewakan kerna ramai lagi yang lebih teruk dikecewakan..