Tuesday, March 15, 2011

ANGIN ‘a.k.a’ POSTMAN RINDU






I sent my care by wind, I tell him to sent it to you, if the wind blow to you that mean I care about you. Ayat yang biasa kita dengar, diucapkan oleh segelintir orang yang menyayangi sesama insan. Rindu pastinya menjadi sebahagian jiwa seseorang insan yang menyayangi satu sama lain. Mustahil bagi setiap orang yang bergelar manusia tidak mempunyai perasaan rindu. Diriku seperti manusia lain juga yang memiliki perasaan rindu. Rinduku sukar diperkatakan, kadang – kadang terasa rindu teramat sangat bukan sahaja kepada insan, tetapi kepada yang Maha Esa juga. Ku bersendirian di tepi anjung, leka ditemani cahaya suria petang, tiba – tiba diriku disapa oleh angin yang lembut. Meremang seketika roma ku, bagaikan disapa oleh insan yang menyayangi seseorang. Tetapi angin itu berlalu pergi begitu sahaja, ku inginkan nya lagi, ku cuba memanggilnya tetapi tiada ‘respon’. Adakah angin itu sekadar laluan sahaja, bukan angin yang ingin mengirimkan rindu kepadaku. Ku terduduk diam, ku masih menanti kedatangan angin seterusnya. Tetapi impian ku palsu semata – mata, suria sudah semakin meninggalkan ku, malam juga hampir menemaniku. Ku tetap berdegil, ku ingin menunggu angin seterusnya, tetapi malangnya malam sudah melabuhkan tirainya, ini bermakna ku harus menuju ke buaian mimpi ku. Adakah angin itu tidak mahu menyapa diriku lagi?? Ku berdoa kepada yang Maha Esa supaya memberikan tanda dan peluang kepadaku bahawa angin masih mahu mengirim rindu kepadaku. Saat ku melangkah pergi tiba – tiba angin yang selama ini ku tunggu – tunggu tiba juga, kali ini ku pasti ianya bukan sekadar laluan tetapi angin ‘a.k.a’ postman yang menghantar rindu kepadaku. Secara tiba – tiba diriku terasa sangat gembira, setiap saat ku menanti angin itu lagi, tetapi kali ini ku letak  sepenuhnya kerja itu ditangan yang Maha Mengetahui, kerna ku tahu angin itu pasti datang menyapa ku. Tidak kira ketika suria menemani ku atau sewaktu malam menemani ku… Angin dirimu sungguh indah ciptaanmu, nikmat yang sangat agung buat semua umat.. syukur ku ke hadrat mu YA ALLAH…..=)



 

Thursday, March 10, 2011

~ DI SUATU HARI ~


Pagi yang hening aku bangun dengan saki baki air liur basi masih di pipi. Ku teringat pesan ibu ku “kalau bangun pagi terus pergi mandi” lantas ku bangun dan menuju ke bilik mandi, tetapi kebingungan serta kemamaian melanda diri ku. Ku bingung di manakah letaknya tandas?? Ku teringat bahawa rumah ku mempunyai satu set alat GPS. Ku cuba mencari tandas menggunakannya. Dalam kekalutan aku mencarinya akhirnya kutemui, rupa – rupanya berada di sebalh bilik ku. Ku gelak seorang diri.. selesai mandi ku rasa segar seperti baru bangun daripada kerusi urut OGAWA lantas ku bergerak ke dapur mencari makanan, selongkar punya selongkar ku berjaya menemui sebuku roti beserta segelas susu segar. Habis makan ku segera meningati segala amanat ibu bapa ku sebelum mereka pergi kerja. Dalam keadaan bingung ku berjaya menigati sesuatu perkara, sapu sampah serta buang sampah, dengan segera ku kerjakan tapi?? Bagaimana pula dengan amanat bapa ku?? Hemmm….. akhirnya ku ingat juga, menghantar adik ku ke sekolah. Kebiasaanya adik ku ke sekolah pada pukul 12.30 tengah hari, sekarang baru pukul 11, masih awal, apakah yang harus ku lakukan… tiba – tiba perasaan rajin wujud di dalam diri ku ini. Lantas ku gengam sebatang mop di tangan kanan ku, secara “natural” tangan ku bergerak sendiri mengemop lantai rumah ku… tiba – tiba perut ku terasa sakit sangat dengan segera aku ke tandas tetapi kali ini ku tidak sesat lagi..hehe ku menghabiskan masa yang agak lama juga di dalam tandas itu, sedar – sedar rupanya sudah pukul 12.25, dengan segera ku menghabiskan segala hajat ku. Dengan pantas ku memanggil adik ku kerana sudah lewat. Dalam perjalanan ku seakan – akan lupa sesuatu tetapi ku kuatkan semangat ku bahawa tiada apa yang kulupakan.. tiba – tiba..aish asyik tiba – tiba je boring sudah..haha emm suddenly aku baru teringat aku lupa ‘flush’ tadi tetapi mengapa aku berasa sejuk sahaja. Rupa – rupanya ku lupa untuk memakai seluar. Selama ini ku hanya berseluar pendek sahaja ‘boxer’..hahaha ku gelak tapi kali ini bukan berseorangan tetapi bersama adik ku.. yang peliknya mengapa adik ku tidak menegur ku.. hari ini dalam sejarah……

malu sudah..hehe..=P



Cerita hanya rekaan semata – mata tidak berkenaan dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Cerita ini sekadar bahan gelak ketawa sahaja…=)

Wednesday, March 9, 2011

KENAPA??????





Persoalan yang sangat bagus kenapa???? Kenapa setiap kali kita melakukan dosa tidak pernah sesekali ALLAH menolak atau menemplak kita daripada rahmatnya. Kenapa setiap kali kita mendapat nikmat dan tidak besyukur kepadaNYA tetapi DIA tidak pernah berhenti memberinya. Kenapa???? Adakah anda mampu menjawabnya, saya sendiri pun tidak mampu menjawabnya. Bagaimanakah suatu hari nanti segala nikmat yang kita perolehi itu ditarik semula, tiada lagi cahaya matahari, tiada lagi nikmat kekayaan, kejayaan, tubuh badan dan pelbagai lagi. Adakah kita mahukan takdir seperti itu?? Maka apakah yang seharusnya kita lakukan, tadah tangan memanjatkan doa, bersujud memohon keampunan dan bersyukur atas setiap pemberiannya. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita, sakit bukan kerana ingin melihat umatNYA menderita tetapi sebagai peringatan dan ujian. Semakin kuat iman kita semakin kuat ujian kita. Marilah kita sama2 bersyukur kehadratnya atas segala nikmat yang diberikan, janganlah sehingga di saat pintu sudah tertutup baru kita hendak brsyukur. Ingatlah Yang Maha Esa kerana andainya DIA menjadi kedekut terhadap kita nescaya menjadi aranglah kita. Seperti peribahasa sudah tehantuk baru terngadah. Harap menjadi iktibar buat diri ini dan rakan2 semua…


 



Friday, March 4, 2011

PERHENTIAN SETERUSNYA STESEN “BULAN”






“Aim to the sky, if you cannot reach it at least touch the moon”. Ungkapan yang sering diluahkan oleh seorang individu yang bercita – cita tinggi. Bagaimanakah seorang individu itu boleh berfikiran sampai ke situ??? Mungkinkah kerana keyakinan yang lebih, atau sudah terlampau yakin dengan diri sendiri, TIDAK!!! Semuanya kerana individu tersebut sememangnya yakin dengan dirinya melebihi kemampuannya. Dia berasa kemampuannya bukan setakat itu, dia mampu buat lebih lagi. Tetapi, bagaiman pula orang yang bercita – cita tinggi inginkan sesuatu, sedangkan dia tidak berusaha. Bagaimana pula orang yang bercita – cita tinggi tetapi sudah berusaha dan bertawakkal. Bagaimana pula individu yang hanya mengharapkan doa serta tawakkal daripada Yang Maha Esa daripada berusaha??? Apakah persoalan ini akan dapat dijawab?? Setiap individu ada pandangan mereka. Mungkin sesetengah individu bercita – cita inginkan sesuatu dan beliau yakin dengan cita – cita itu tetapi kecundang ditengah jalan, pastinya jalan terbaik adalah bersabar dan berdoa, ALLAH itu Maha Bijaksana. Setiap perbuatan ada sebabnya, mungkin belum ketentuannya..kita sebagai hambanya yang lemah hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal…INSYAALAH ADA JALANNYA…….



LANGIT DAN BUMI




Sudah ciptaan ALLAH. Setiap sesuatu pasti ada pasangannya, seperti langit dan bumi. Hubungan mereka sangat akrab. Pasti anda sekelian umat tidak pernah melihat mereka bergaduh, jika mereka bergaduh pastnya huru hara dunia. Kedua – duanya amat penting sekali bagi sekelian umat. Langit penting untuk kita, serta bumi turut memainkan peranan penting. Bagaimana pula dibandingkan dengan manusia. Pastinya banyak keistimewaannya, tetapi manusia cepat lupa. Ada manusia berasa kedudukannya seperti langit dan bumi. Seperti orang yang mempunyai lebih ilmu dengan orang yang mempunyai kurang ilmu. Pastinya orang yang kekurangan ilmu ini berasa seperti langit dan bumi dengan orang yang mempunyai banyak ilmu. Terbitlah sifat takut, malu dan janggal. Kadangkala orang yang mempunyai ilmu pastinya ingin orang yang kekurangan ilmu mengikut telunjuknya. Kadangkala sebaliknya, itulah sebab mengapa orang yang kekurangan ilmu terasa seperti langit dan bumi. Apalah yang nak dibandingkan denganya, mungkin sekadar ayat yang tak seberapa dengan ilmu yang lebih setitik daripadanya. Alangkah indahnya kalau setiap manusia yang berfikiran begitu tiada di dunia ini. Contohilah langit dan bumi yang langsung tidak pernah merungut, bertengkar, malahan mereka saling bantu membantu. Tiada sedikit pun jurang di antara mereka walaupun kedudukan mereka jauh sekali. Alangkah indahnya………..



Thursday, March 3, 2011

CAHAYA a.k.a ‘NUR’






Sebelum kehadirannya hidup ibarat dalam terowong sesekali ternampak juga cahaya tetapi samar – samar. Sebelum kehadiran dia diriku umpama seekor anak ayam yang mencari – cari ibunya. Sesekali terasa dunia gelap bagai diriku seorang saja yang duduki. Dimanakah arah tuju, dimana cahaya yang selama ini menerangi bumi. Adakah cahaya sudah merajuk dengan diriku..apakah diriku tidak cukup bagus untuk cahaya.. Adakah diriku hanya berhak memilki cahaya lampu minyak dan lilin daripada cahaya lampu neon yang kuat dan terang. Mengapakah cahaya yang paling agung iaitu cahaya suria tidak menemaniku. Mungkin diriku belum ditakdirkan untuk memilikinya. Ku pasti satu hari nanti cahaya yang terang akan mendampingiku. Satu hari sewaktu diriku masih ditemani cahaya lampu minyak gas, tiba – tiba diriku seperti disapa oleh angin untuk menoleh ke kanan. Ku toleh ke kanan dan kutemui satu sumber cahaya yang sangat indah ciptaannya. Bagaikan mimpi jadi kenyataan ku rasa diriku sudah menemui cahaya terang yang baru. Setiap hari diriku diterangi oleh cahayanya, malam tidak lagi sunyi dan gelap gelita. Saat cahaya mula mendekatiku, bumi juga turut diteranginya. Inilah ciptaannya sungguh agung. Diriku sangat bersyukur dengan pertemuan itu.. Terima kasih cahayaku.. kau pastinya penyeri hidupku… Semoga cahayamu sentiasa berkilau dan tidak akan malap….=)


Khas buat cahayaku......=)

Tuesday, March 1, 2011

KAWAN

Assalamualaikum pembuka kata...ingatkan tak ingin menulis seperti ini, tetapi perasaanku kuat ingin menulis..

Orang kata kawan memang orang yang paling rapat selepas ibu bapa
dan kenyataan itu memang tepat 100 peratus..tiada orang lain yang 
lebih rapat dengan kite melainkan kawan..

Aku sebagai manusia juga turut mempunyai kawan..
baru 2 hari lepas aku bercuti bersama kawan..
kami semua bercuti ke PD...memang seronok tidak terkata..
sampai muke pergi yang putih tu boleh jadi hitam la katakan..hehe

Tapi bukan itu yang ingin kuluahkan..
kenangan bersama kawan, suka duka, sedih tawa, riang..
itu yang ingin kuluahkan..sungguh indah zaman persekolahan kita
bagaikan bermimpi aku sudah tamat bersekolah..
tiada lagi teman yang duduk bersebelahan waktu sekolah..
tiada lagi makan bersama di kantin..
Aku masih ingat lagi kenangan di sekoalah dulu..
sewaktu semua pelajar form 5 wajib duduk di asrama
kerana terdapat program di sekolah..
memang menyeronokkan, itulah kali pertama aku duduk di asrama
cara mandi, makan semua berbeza, memang masih menjadi kenangan..

Afif, azizi, mawardi, hafiz, budu, hazuan, taufiq
akim, raj, kalai korang memang bez..
tak lupa jugak kawan di saas..
yang ni lagi gile2...
team sempoi la katakan...
Fat, naz, afif, noor, mizan, otto..
meor, hasif, yot, wak nyer, kumal, wak dol, wafaa..
n de brape kawan yang lain cam aizat, majod..hehe
harap2 kenangan ngan korang semua
akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita
tak lupa jgk kawan2 perempuan..huhu

setiap kenangan pastinya akan dikenang
tidak mungkin kenangan akan dilupakan begitu sahaja..
its like one in a million to get know all of you..
hopes persahabatan kita akan kekal sehingga keakhir hayat..
selagi jasad dan roh masih bersatu..
tidak mungkin akan kulupa setiap insan
yang bergelar KAWAN...