Wednesday, March 9, 2011

KENAPA??????





Persoalan yang sangat bagus kenapa???? Kenapa setiap kali kita melakukan dosa tidak pernah sesekali ALLAH menolak atau menemplak kita daripada rahmatnya. Kenapa setiap kali kita mendapat nikmat dan tidak besyukur kepadaNYA tetapi DIA tidak pernah berhenti memberinya. Kenapa???? Adakah anda mampu menjawabnya, saya sendiri pun tidak mampu menjawabnya. Bagaimanakah suatu hari nanti segala nikmat yang kita perolehi itu ditarik semula, tiada lagi cahaya matahari, tiada lagi nikmat kekayaan, kejayaan, tubuh badan dan pelbagai lagi. Adakah kita mahukan takdir seperti itu?? Maka apakah yang seharusnya kita lakukan, tadah tangan memanjatkan doa, bersujud memohon keampunan dan bersyukur atas setiap pemberiannya. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita, sakit bukan kerana ingin melihat umatNYA menderita tetapi sebagai peringatan dan ujian. Semakin kuat iman kita semakin kuat ujian kita. Marilah kita sama2 bersyukur kehadratnya atas segala nikmat yang diberikan, janganlah sehingga di saat pintu sudah tertutup baru kita hendak brsyukur. Ingatlah Yang Maha Esa kerana andainya DIA menjadi kedekut terhadap kita nescaya menjadi aranglah kita. Seperti peribahasa sudah tehantuk baru terngadah. Harap menjadi iktibar buat diri ini dan rakan2 semua…


 



No comments:

Post a Comment