Thursday, May 12, 2011

PESANAN BUAT DIA, AKU, KAU, KAMU, AWAK, SAYA DAN……

Orang selalu berkata remaja hanya sekali, muda hanya sekali. Ternyata ia benar, remaja kini meninggalakan ku. Pengalaman banyak mengajar kita tidak kira pengalaman manis atau pahit. Aku, dia, kau, kamu awak, saya….kenangan demi kenangan. Kini pengembaraan baru akan bermula, pengalaman baru akan dicipta tidak kira pahit anis ia akan mematangkan kita. Awak, kau, dia, kamu, aku, saya ni  ada pesanan…..



Ø   Awak dekat sana jangan lupa, kita datang nak belajar..

Ø   Awak dekat sana jangan nakal2 ..

Ø   Awak dekat sana jangan lupa tujuan  utama..

Ø   Awak dekat sana nanti jangan lupa solat, sebab solat kan tiang agama, kalau tak ade tiang macam mana nak bina masjid…

Ø  Awak dekat sana jangan lupa doa banyak2, sebab doa senjata orang islam..

Ø  Awak jangan hampakan kedua ibu bapa, mereka mengharap yang terbaik dari awak..

Ø  Awak dekat sana hati2 memilih kawan sebab kawan kadang2 makan kawan..

Ø  Awak dekat sana jangan lupa makan secukupnya saya tak nak awak sakit..

Ø  Awak dekat sana jaga pemakanan saya tak nak daripada fatimah awak jadi ‘fat’imah..

Ø  Awak setiap perkara itu ada sebabnya, jangan cepat mengalah, cari sebab mengapa..

Ø  Awak ingatlah pesan ni, sebab cita2 lebih penting..







Cinta anugerah Allah orang yang bertuah akan memperolehinya, jangan awak cuba mengejarnya jika diri sendiri belum mampu untuk mengejarnya. Kejar dahulu matlamat dan masa depan…=)






Tuesday, May 10, 2011

SEBUTIR BINTANG DI LANGIT

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan





Lagu yang sering mengamit perasaan kita terutamanya dalam pehubungan. Dalam keindahan pekat malam sewaktu tiada sebarang cahaya menerangi malam. Wujud beribu bintang di angkasa yang meminjamkan cahayanya untuk sekelian alam. Bintang yang jauh di angkasa begitu nekad ingin meminjamkan cahayanya kepada penduduk bumi yang sering kegelapan sewaktu malam. Beribu bintang di langit bercahaya megah tetapi tinggala sebutir bintang malap yang menunggu untuk musnah. Sebutir bintang yang masih terkapai – kapai mencari sumber cahayanya. Sebutir bintang yang ingin bersinar dengan cahayanya tetapi masih belum menenemui cahaya sebenar.  saat tiba masanya pastinya sebutir bintang yang akan musnah itu bersinar terang biarpun buat kali terakhir. Kawan juga sama seperti sebutir bintang, menunggu masa untuk bersinar. Kita sebagai kawan harus sentiasa membantu kawan kita bersinar terang menerangi alam. Susah payah kita bantu, senang lenang kita bersama menerangi alam. Oh Ya Allah kau kekalkan lah hubungan kekeluargaan yang telah dibina ini seperti sebutir bintang yang sedang menantikan cahaya untuk menerangi alam. Bintang yang akan bersinar terang satu hari nanti walaupun untuk terakhir kali. Sebutir bintang di angkasa akan menyerlah di antara beribu bintang yang terang.


Thursday, May 5, 2011

~UNFINISHED WORK~...;p



PLEASE BE CAREFUL ITS FRAGILE (HEART)

Hati merupakan ciptaan ALLAH yang sangat hebat. Setiap manusia pasti memiliki hati, hati boleh dipecahkan kepada beberapa pecahan, hati yang sedih. Hati gembira, hati terbuka, patah hati, hati busuk, hati batu, hati gelap dan hati yang terang..haha kadang – kadang hati merupakan permulaan sesuatu pekerjaan kerana setiapa pekerjaan itu haruslah didahulukan dengan niat dan niat itu berasal daripada hati. Seperti anggota lain juga, hati juga mudah untuk mendapat penyakit terutamanya sakit hati.




 BEBAS
 
Aku bebas menghirup udara segar tanpa perlu membayar sebarang duit. Aku bebas berjalan tanpa perlu membayar kepada tanah tempat ku berpijak. Aku bebas bergerak tanpa sebarang rungutan daripada tubuhku. Aku bebas bergerak ke sana sini tanpa sebarang halangan. Aku bebas dari segala kejahatan. Tetapi tidak ku sedar aku belum bebas untuk memiliki sebarang harta serta anugerahMu. Dalam kepekatan malam aku sedar aku belum cukup bebas untuk memiliki sedikit daripada nikmatMU. Ku akur dengan ketentuanMU, ku pasrah, tetapi menjadi terbaik pilihanku. Sebelum mendapat kebebasan kita haruslah berjuang untuk memperolehnya




TINGGINYA GUNUNG


Permandangan yang indah selalunya terbit ketika kita berada di tepi pantai, atas gunung serta di samping orang yang disayangi. Mendaki gunung pula boleh diibaratkan sebagai perjalanan hidup kita dalam menempuh dugaan hidup serta ujian daripada NYA. Segala kelengakapan harus di sediakan, tidak kira dari segi fizikal, mental dan alatan juga. Kelengkapan seterusnya, ialah keberanian dan keyakinan. Tanpa kelengkapan itu, bukit broga juga tidak dapat ditawan. Memenuhi impian seperti kita ingin berada di puncak gunung, setiap kali terasa ingin sesuatu pasti terasa seperti mendaki gunung yang tinggi. Bermula di kaki gunung sedikit demi sedikit kita mencuba mendaki ke puncak. Sesekali terjatuh