Thursday, May 5, 2011

~UNFINISHED WORK~...;p



PLEASE BE CAREFUL ITS FRAGILE (HEART)

Hati merupakan ciptaan ALLAH yang sangat hebat. Setiap manusia pasti memiliki hati, hati boleh dipecahkan kepada beberapa pecahan, hati yang sedih. Hati gembira, hati terbuka, patah hati, hati busuk, hati batu, hati gelap dan hati yang terang..haha kadang – kadang hati merupakan permulaan sesuatu pekerjaan kerana setiapa pekerjaan itu haruslah didahulukan dengan niat dan niat itu berasal daripada hati. Seperti anggota lain juga, hati juga mudah untuk mendapat penyakit terutamanya sakit hati.




 BEBAS
 
Aku bebas menghirup udara segar tanpa perlu membayar sebarang duit. Aku bebas berjalan tanpa perlu membayar kepada tanah tempat ku berpijak. Aku bebas bergerak tanpa sebarang rungutan daripada tubuhku. Aku bebas bergerak ke sana sini tanpa sebarang halangan. Aku bebas dari segala kejahatan. Tetapi tidak ku sedar aku belum bebas untuk memiliki sebarang harta serta anugerahMu. Dalam kepekatan malam aku sedar aku belum cukup bebas untuk memiliki sedikit daripada nikmatMU. Ku akur dengan ketentuanMU, ku pasrah, tetapi menjadi terbaik pilihanku. Sebelum mendapat kebebasan kita haruslah berjuang untuk memperolehnya




TINGGINYA GUNUNG


Permandangan yang indah selalunya terbit ketika kita berada di tepi pantai, atas gunung serta di samping orang yang disayangi. Mendaki gunung pula boleh diibaratkan sebagai perjalanan hidup kita dalam menempuh dugaan hidup serta ujian daripada NYA. Segala kelengakapan harus di sediakan, tidak kira dari segi fizikal, mental dan alatan juga. Kelengkapan seterusnya, ialah keberanian dan keyakinan. Tanpa kelengkapan itu, bukit broga juga tidak dapat ditawan. Memenuhi impian seperti kita ingin berada di puncak gunung, setiap kali terasa ingin sesuatu pasti terasa seperti mendaki gunung yang tinggi. Bermula di kaki gunung sedikit demi sedikit kita mencuba mendaki ke puncak. Sesekali terjatuh



No comments:

Post a Comment