Saturday, December 17, 2011

BIAR MIMPI SAMPAI BINTANG




Tajuk dah macam nama ceritakan, sebenarnya ia memang nama cerita tetapi perasaan kuat mengatakan tajuk itu ada kena mengena dengan diri sang pencerita. Jika kita diberi pilihan untuk hidup, yang manakah kita akan pilih, dunia realiti atau fantasi, ia memang betul kita hidup di dunia ini hanya menumpang untuk mencari amal kabaikan buat bekalan di dunia yang kekal. Jika diberi pilihan kedua tentunya kita mahukan dunia fantasi di mana semua impian dan cita – cita kan tercapai dalam sekelip mata, jika mahu bermimpi biarlah ia sampai ke bintang, bermimpi untuk berjaya bukan sekadar di bibir sahaja tetapi biarlah dengan kudrat iradatnya. Bermimpi untuk mencapai sesuatu bukanlah hanya angan – angan kosong sertakanlah juga usaha yang gigih dan ikhlas. Bermimpi tidak salah, kerana dunia fantasi mendorong kita melakukan sesuatu di luar jangkauan kita. Bermimipilah dan laksanakan ia dengan bersungguh – sungguh sehingga sampai ke bintang…


Sunday, December 11, 2011

CAHAYA BERTAHANLAH DENGANKU






Cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan, aku masih berdiri di sini, sekuat mana Kau menduga aku tetap berdiri di sini menerima dugaanMU. Aku tetap mahu pertahankan cahaya yang mendampingiku, walaupun sesekali terasa seperti cahaya ingin meninggalkanku, ku tetap berusaha untuk mengekalkannya, kerana ku amat memerulakan cahaya ini untuk menerangi dunia kegelapan. Sesekali unggas – unggas cuba menganggu kemilau cahaya ini, ku berharap cahaya kental bersinar menerangi duniaku walaupun diiringi dugaan yang mendatang. Oh Ya ALLAH pertahankanlah cahaya penerangku..




Thursday, December 8, 2011

CAHAYA PERMATA



Sesekali duduk dalam kegelapan membuatkan kita terfikir betapa bersyukurnya kita dianugerahkan cahaya suria matahari, sesekali kita merentasi terowong kegelapan membuatkan kita terfikir betapa bertuahnya kita mempunyai cahaya penerang tetapi betapa bersyukurnya kita kerana diberikan peluang untuk melihat setiap inci dunia ciptaan Maha Esa yang sangat indah,  mana mungkin kita dapat melihatnya jika kita tidak dianugerahkan cahaya penglihatan, betapa bersyukurnya kita kerana diberikan nikmat yang tiada pulangannya. Syukur tidak terhenti di situ sahaja, setelah lama mencari permata yang indah, setelah lama menanti cahaya kilauannya, setelah lama berdoa memohon petunjuk dan hidayat Mu, sang pencerita hanya meminta sedikit saja untuk menerangi dunia yang gelap, hati yang gelap kesunyian akhirnya Kau menemukan sang pencerita dengan cahaya permata yang sangat indah sehingga berjaya menerangi dunia sang pencerita, hidup tidak lagi di dalam kegelapan, hidup tidak lagi terumbang ambing, perjalanan tidak lagi tersadung, adakalanya cahaya menyilaukan mata sang pencerita tetapi dihalanginya dengan cermin mata yang meredakan cahaya, adakalanya cahaya seakan – akan mahu berhenti berkilau, sang pencerita tetap menggilap permata sehingga menghasilkan cahaya menerangi sang pencerita. Terima kasih atas penemuan ini Ya ALLAH, kekalkan lah cahaya permata ini sehingga ke akhirnya, lindungilah cahaya pemata ini, penemuan terindah buat sang pencerita, peliharalah cahaya permata ini Ya ALLAh ku memohon kepadaMu…..


temanilah  cahaya permataku..


JUJUR ATAU BOHONG??




Setiap manusia di dalam dunia sementara ini pasti mengalami suatu ketika di mana setiap insan harus memilih sama ada mahu berbohong atau bersikap jujur. Adakalanya bersikap jujur boleh mendatangkan kebaikan tetapi apabila sudah terlalu jujur juga boleh mengguris hati pihak yang lain. Sang pencerita menjadi pelik, gundah gulana, apakah yang harus dilakukan pada ketika waktu sang pencerita harus memilih sama ada mahu berbohong atau bersikap jujur. Adakah dengan besikap jujur sang pencerita dapat menyelesaikan segala masalahnya, tetapi bagaimana pula jika ia mengguris hati orang yang kita sayangi??? Adakah sang pencerita harus berbohong dan tidak memberitahu hal sebenar tetapi akibatnya amat teruk, jika ia terbongkar insan di pihak yang berlawanan akan menjadi lebih marah, kerana tidak memberi tahu hal yang sebenar, jadi apakah yang haru sang pencerita ini lakukan, adakah mengaku kalah dengan ujian ini, berhenti berharap, melepaskan permata yang sangat bernilai yang sudah pun menjadi sebahagian daripada diri sang pencerita. Sang pencerita hanya mampu mendahkan tangan dan sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar oleh Yang Maha Esa. Semoga terbuka pintu hati untuk menerima setiap keslahan dan kekhilafan sang pencerita, oh Ya ALLAH biminglah daku, dampingilah aku, menangani setiap dugaanMU, kerna ku tahu pada saat ini hanya KAU saja yang mampu membantu ku…Insyaallah…



Wednesday, November 9, 2011

KEBAHAGIAAN SUKAR BERTAHAN LAMA??




Fitrah setiap khalifah di muka bumi ini, pasti ada melalui perasaan gembira, sedih, takut, berani, pelik. Setiap manusia pasti menginginkan kebahagiaan tidak kiralah daripada pelbagai aspek sekali pun. Malangnya kebahagian itu bersifat sementara, jarang kita dapat lihat sesuatu kebahagian itu bertahan selama – lamanya. Jika tiada angin manakan pokok bergoyang, iye betul setiap kebahagian yang disusuli kepahitan pasti ada sebabnya, sekuat mana kita mencuba, sekuat mana kita berdiri megah angin yang kuat pasti berjaya mengoyangkan kita. Mencuba sedaya upaya mungkin masih belum mencukupi, fikirkan perasaan orang lain juga, kerana kebahagian bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua manusia di dunia ini, sekiranya sesekali terbit perasaan sedih di dalam lubuk hati ini, ingatlah bahawa ada yang lebih bersedih, kesedihan kehilangan anak. Tidak mampu memberi makan anak, tidak cukup makan dan lain – lain. Kebahagian boleh dikatakan subjektif, tetapi tidak sepenuhnya kerana ia masih sebuah perasaan yang indah yang diidam – idamkan oleh setiap manusia, adakalanya kita bahagia adakalanya kita sedih, adakalanya kita berasa kebahagian itu bertahan lebih lama, tetapi ALLAH Maha Mengetahui. Mungkin sewaktu kita bahagia kita telupa pada Yang Satu, Oh Ya ALLAH jangan lah Kau pantas menguji kebahagian itu. Sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah, yang sering melakukan dosa, Oh Ya ALLAH tidak pantas kah aku atas kebahagiaanMu, adakah aku hanya boleh merasa kebahagiaan yang sementara, adakah aku hanya boleh merasa kepedihan, sinarkan daku cahaya petunjukMU Ya ALLAH, aku mengharapkanMU Tuhan Sekelian Alam. Mencari penyelesaian sesuatu masalah yang menyebabkan kebahgiaan hilang sudah pasti akan dilakukan, tetapi aku hanya manusia yang lemah, bukannya ingin mengaku kalah tetapi pantas mengalah, kerana mengalah mungkin jalan penyelesaiannya.






Friday, November 4, 2011

LOVE LIGHT – CN BLUE

Just nak share sedikit lagu yang mempunyai lirik yang sangat menarik.
 setelah diterjemahkan ke bahasa inggeris. =)



When I see you, my face blushes,
When I see you, my heart goes thump, thump
As a little child, I talk with shyness,
When I see you, I just smile out of nowhere,
Like an idiot I keep doing it,
I think that probably love came to me,

You’re my heart’s president
You’re my heart, embroidered with the star,
I’m genie for you girl,
You make stop my breath,
Everything you want
Because I love you
There’s no a reason for my love, you know,

You’re darling,
More beautiful than the star above in the night sky,
The shining thing deep in my,
It’s my own light,
I love you darling,
Always by my side, give me the light,
Every night, I look at you,
When I see you, you’re so beautiful,
You’re my love light,

When I see you, I feel like I’m in the clouds,
I keep doing this, so you can also feel attracted,
I think that probably love come to me,


You’re darling,
More beautiful than the star above in the night sky,
The shining thing deep in my,
It’s my own light,
I love you darling,
Always by my side, give me the light,
Every night, I look at you,
When I see you, you’re so beautiful,
You’re my love light,

You’re lovely,
You’re more dazzling than the sunlight in the sky,
You light up brightly the dark places in my heart,
It’s my own light,

I love you lovely,
Even if I close my eyes, I can look at you,
Looking at you like this
You’re still dazzling even when I see you,
You’re my love light….

Thursday, October 27, 2011

MASIH BELUM??



Masih mencari nur, sang pencerita terkapai – kapai mencari yang benar. Saat nur ditemui, seaakan – akan bukan miliknya, adakah ia satu hukuman dari MU Ya ALLAH atas dosa – dosa yang lalu, sekuat mana sang pencerita bertahan ia tetap menduga, sekukuh mana sang pencerita berdiri angin tetap menggoncang kuat. Kaki yang disangka kuat berdiri rebah mencium bumi, langit yang terang mendampingi semakin gelap menghiasi. Oh ALLAH jangan la menduga sang pencerita ini sekuat – kuatnya, karena sang pencerita tidak mampu menanganinya. Tatkala ada sinar pasti ada kegelapan. Adakah sang pencerita ini masih belum layak menerima nur dariMu, adkah sang pencerita hanya mampu melihatnya dari jauh, adakah hari itu akan tiba satu hari nanti? Kegelapan diterangi oleh sinar nur yang terang.



 Rasulullah  ØµÙ„یﷲ علیﻪ Ùˆ سلم bersabda yang bermaksud :



“ Allah pasti akan menguji salah seorang daripada kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain. Ada yang keluar seperti emas yang hitam”. (Riwayat Tabrani)



Berasa diri berdosa adalah sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya.


Sunday, October 23, 2011

23 OKTOBER ???




KENAPA??
AJAIB??  SEDIH??
HATI??  DUGAAN??
SEPERTI DAHULU??  PERKARA SAMA BERULANG??
MUNGKINKAH IANYA SATU HUKUMAN?? 



Mungkin hanya perasaan sendiri, kuatkan daku Ya Allah..


Tuesday, October 11, 2011

KISAH HATI




Kata orang melakukan sesuatu pekerjaan haruslah didahulukan dengan niat. Nawaitu itu bermula dari hati, dan hati lah yang akan memainkan peranan besar, jika mulut kata nak tapi hati kata tidak. Sudah pastinya perkara yang disebut tidak akan menjadi. Di setiap tubuh manusia di bumi Allah ini pasti memiliki segumpal daging yang bertindak untuk menghidupkan kehidupan setiap insan yang memilikinya iaitu hati. Sungguh hebat ciptaan Illahi segumpal daging yang boleh mencipta pelbagai perasaan, kadang kala marah, sedih, gembira, kecewa, teruja dan banyak lagi. Hati diibaratkan sebagai sekeping kaca jernih yang harus dijaga dengan baik, silap langkah kaca akan pecah berderai ataupun menjadi kotor. Sebagai khalifah di dunia yang sementara ini, gunakanlah hati sebaik – baiknya karena sekali tersilap langkah dalam penjagaan hati, buruk padahnya. Luka di tangan boleh dilihat luka dihati siapa yang tahu, jagalah hati, fahamilah orang lain sebelum menyuruh orang memahami diri sendiri. Oh hatiku terima seadanya, diriku yang lemah dalam penjagaanmu ini….OH YA ALLAH bimbinglah daku menjaga hati ku ini….



Saturday, September 3, 2011

RAYA PERMULAAN SESUATU



Raya??? Perkataan yang sangat ditunggu – tunggu oleh semua umat islam.
Raya, waktu inilah kemafaan terjalin.
Hubungan silaturrahim dieratkan.. segala dosa terampun InsyaAllah
Yang jauh semakin dekat, yang dekat semakin dekat.
Ku bersyukur kehadrat Mu Illahi kerana atas bulan yang mulia ini,
Hubungan kekeluargaan semakin erat..
Walaupun masih terdapat kelemahan di dalam diri
Masing - masing masih mencuba untuk menutup kesalahan masing – masing
Tiada manusia yang sempurna, terima kasih Ya Allah….
Atas kurniaan mu yang tidak berbelah bagi…

Yeay Hari Raya… Selamat hari Raya Aidilfitri…..
Maaf Zahir Dan Batin…


Tuesday, August 30, 2011

KOREA???


Demam korea kah aku??? 
persoalan yang sangat menarik......
megapa?? kenapa???
Terserah kepada yang menilainya..
Puisi bukan sebarang puisi,
Puisi indah menjadi santapan,
Kenangan bukan sebarang kenangan,
Kenangan terindah menjadi rintihan,
Kasih bersemi bukan sebentar,
Apabila bersua cahaya cinta….

Dengarlah lagu dibawah ni.. Love light by Cn Blue..






Saturday, July 30, 2011

INGATLAH WAHAI ANAK

Antara orang yang istimewa dalam hidup setiap insan ialah ibu. Apakah kewajipan anak terhadap ibu? 



Kewajipan khusus anak-anak ialah menyediakan diri untuk menyenangkan hati ibu. Sebabnya, dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, keredaan Allah adalah pada keredaan ibu bapa.

Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita.

Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)

Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?”

Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.”

Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan kita.

Larangan menderhaka kepada ibu bapa dinyatakan secara jelas dalam surah al-Israk: 23. Apakah ciri-ciri derhaka itu?

AMINAH: Dalam ayat tersebut Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa. Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Sepatutnya, kita perlu melayan mereka dengan sebaik mungkin, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka semasa hidup lebih-lebih lagi apabila mereka telah mati. Mendoakan ibu bapa adalah antara sifat anak yang soleh.

Perbuatan mengangkat suara kepada ibu bapa sudah dikira derhaka. Kalau mengangkat tangan (memukul) lebih teruk lagi derhaka seseorang anak itu.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”

Ada juga pendapat mengatakan dua pertiga daripada khidmat bakti anak adalah untuk ibu dan hanya satu pertiga untuk bapa. Terutama apabila ibu sudah lanjut usia.

Ini membuktikan betapa menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi perintah Allah.

Pepatah Melayu ada menyebut, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Apakah maksud yang tersirat di sini?

AMINAH: Ibu ini oleh sebab kasih sayang yang terlalu hebat terhadap anak-anak masih mampu tersenyum menjaga dan membesarkan walaupun 10 anak. Tetapi kasih anak kepada ibu sedikit sahaja.

Sepatutnya anak-anak perlu berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa semasa mereka sudah tua. Sebabnya, rumah siapa yang dipilih oleh ibu tinggal itulah anak yang soleh atau solehah.

Dalam hal ini, ibu bapa juga berperanan mengasuh dan mendidik anak dengan baik sejak mereka kecil. Ini supaya apabila kita tua, anak-anak pula akan menjaga kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu.

Jika ada perselisihan atau masalah dengan ibu bapa selesaikan segera. Sebagai anak, kita jangan ego walau setinggi mana kedudukan atau jawatan kita. Ibu tetap ibu walaupun jika mereka itu buta huruf.

Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”.

Sebab itu anak-anak perlu segera memohon maaf kepada ibu bapa jika berselisih faham. Jangan biarkan sehingga tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya.

Jika semasa kecil kita tidak mendapat didikan yang sewajarnya disebabkan oleh keadaan ketika itu, apabila dewasa hendaklah kita memaafkan ibu kita.

Adakah perbuatan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-orang tua itu boleh dianggap ‘membuang’ mereka dan derhaka?

Dalam hal ini, kita tidak boleh menghukum semua perbuatan sedemikian sebagai menderhaka.

Namun, menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua-tua hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi mana-mana anak.

Jika dalam situasi anak tidak mampu menjaga ibu bapa disebabkan mereka lumpuh, anak tersebut perlu memilih tempat yang ibunya reda. Kalau dengan reda, itu tidak mengapa.

Tetapi jangan pula menghantar ibu bapa ke pusat jagaan kerana hendak melepaskan tanggungjawab. Golongan beginilah yang dianggap menderhaka.

Namun begitu, tidak ada ibu bapa yang suka tinggal di rumah orang tua-tua. Mereka lebih suka tinggal bersama anak dan cucu. Oleh sebab itu, anak-anak kena berfikir 100 kali sebelum bertindak menghantar mereka ke pusat jagaan tersebut.

Bagaimanakah kisah ‘Alqamah atau si Tanggang dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak sekarang?

Kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan dari segi perbuatan anak yang tidak mahu makan masakan ibu sehingga menyebabkan ibu tadi berkecil hati.

Kes si Tanggang, dia enggan makan pisang salai yang dimasak oleh ibunya selepas beroleh kekayaan sehingga menyebabkan hati ibunya terguris. Akhirnya Tanggang disumpah menjadi batu.

‘Alqamah pula adalah anak yang baik. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya. Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah.

‘Alqamah dan isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah.

Rupa-rupanya, ibu tadi membawa makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya.

Disebabkan perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah tauhid semasa sakaratul maut.

Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada sedikit salah faham.

Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.

Oleh sebab itu, Rasulullah mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda, sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia.

Melihatkan keadaan itu, barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan lancar.

Satu contoh lagi ialah kisah Juraij. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Setelah lama tidak bertemu, pada suatu hari, ibunya datang ke rumah Juraij dan mengucap salam. Ketika itu Juraij sedang solat sunat di tempat khas di dalam rumahnya.

Kerana terlalu kuat beribadat, Juraij tidak menghiraukan kedatangan ibunya. Sebaliknya dia meneruskan solat sunat.

Ini menyebabkan ibunya berkecil hati dan berdoa supaya anaknya dipertemukan dengan wanita jahat.

Kebetulan berdekatan kediaman Juraij terdapat sekumpulan pengembala kambing wanita. Salah seorang daripadanya amat tertarik kepada Juraij tetapi dia mengetahui yang tidak akan mendapat perhatian daripada Juraij.

Wanita itu pun berzina dengan pengembala kambing yang lain dan apabila mendapat anak mendakwa itu adalah hasil hubungannya dengan Juraij.

Apabila berita itu tersebar, maka penduduk kampung datang memukul Juraij kerana mendakwanya bertopengkan agama tetapi sebenarnya jahat.

Akhirnya, Juraij meminta kebenaran untuk bertanya dengan bayi itu siapakah bapanya yang sebenar. Dengan kuasa Allah, bayi yang masih merah itu boleh berkata-kata dan menceritakan hal yang sebenarnya. Barulah Juraij dilepaskan oleh penduduk kampung.

Kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya kita menghormati ibu. Hatta dalam kesibukan beribadat pun tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan ibu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.

Ingatlah sabda Rasulullah, “dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa.”

Ramai yang menyedari harga kasih sayang ibu setelah mereka meninggal dunia. Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kepada mereka semasa hayat masih ada?


Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran mereka.

Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan menjaga kita semasa kecil.

Kalau kesihatan mereka kurang baik, boleh kita bekalkan dengan makanan tambahan supaya mereka lebih sihat dan bertenaga untuk beribadat.

Selepas kematian mereka bukan bermakna tugas anak sudah selesai. Sebaliknya kita perlu terus berkhidmat dengan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah dan diangkat martabat mereka.

Doa anak soleh kepada ibu bapa adalah antara tiga perkara yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad yang dapat membantu Muslim selepas kematian.

Seperkara lagi yang boleh dilakukan apabila ibu bapa meninggal ialah berbuat baik dengan adik-beradik dan sahabat mereka.

Bagi mereka yang tidak mempunyai anak, adalah menjadi tanggungjawab anak saudara menjaga ibu saudara semasa mereka lanjut usia. Anak-anak saudara tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.


PERINGATAN BUAT SI ANAK

Mentaati Kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.  

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Friday, July 29, 2011

TUKANG KAYU





Ibarat tukang kayu yang masuk ke dalam hutan. Saat berjumpa dengan pokok yang baik lagi bagus pada awal perjalanannya, dia punya dua pilihan. Pertama, menebang pokok itu dan membawa pulang. Kedua, masuk lebih jauh ke dalam hutan bagi mencari pokok yang lebih baik. Namun setiap pilihan itu ada kebaikan dan keburukan masing – masing. Jika si tukang kayu membuat pilihan pertama, dia mungkin terlepas peluang bagi memiliki  kayu yang lebih baik. Sebaliknya, jika dia memilih pilihan kedua, dia mungkin tidak berjumpa lagi dengan pokok yang lebih baik lagi. Saat dia berpatah balik, poko tadi mungkin sudah diambil oleh tukang kayu yang lain. Menghargai sesuatu yang amat bernilai di hadapan kita lebih baik daripada mencari sesuatu yang berharga yang kita sendiri tidak pasti. Bersyukurlah kehadrat Ilahi atas kurniaannya yang tak terhingga..

Saturday, July 9, 2011

CERITA CINTA






Aku hanya seorang lelaki biasa. Tiada apa yang boleh menarik perhatian. Ku miliki akal yang cukup untukk berfikir bahawa aku seorang lelaki yang layak di sayangi. Tapi benarkah aku layak menerima cinta? Adakah aku sudah bersedia menerima cinta? Persoalan bermain di benak fikiran dan hati ku. Ku ibaratkan cinta sebagai sebuah permainan dimana 2 orang diperlukan untuk bermain. Tiada pemenang tiada pengalah, yang ada Cuma segumit perasaan indah tercipta bila permainan bermula. Adakalanya, perasaan suka tercipta, adakalnya sedih, marah, geram, rindu, sayang tercipta. Begitu hebat cinta yang dianugerahkan oleh ilahi kepada insan yang bertuah. Mengharap cinta, terasa ingin mencintai, ingatlah bahawa CINTA ADALAH RAHSIA ALLAH.




PERMATA BUKAN SEBUTIR




Selama pencarian, penuh dengan cabaran, dugaan, rintangan ditempuhi. Gelora membadai jiwa memaksa diri terhempas, terdampar di sisi lautan, keazaman dan iltizam memaksa diri untuk bangun kembali. Penantian seribu penantian, permata di cari sudah ditemui, permata putih berkilau berseri, anugerah ilahi, tidak terperi. Nikmat ku sangka berhenti di penghujungnya tapi penghujungnya tidak ku temui. Permata dimiliki bukan sebutir. Anugerah tuhan kepada hambanya. YA ALLAH semoga permata diberi tidak akan hilang.

Saturday, June 18, 2011

SEJAUH MANA KITA




Bintang berkelip sendirian lagi. Cahaya bintang yang selama ini ditemani cahay kerlipan semakin bersendirian. Kini hanya tinggal kesan dan bekas kerlipan yang hanya dapat diperhatikan daripada jauh. Sejauh mana kita berada kerlipanmu sentiasa ku ingati. Setiap kali malam menjelma kerlipan cahaymu ku amati. Seribu tahun lagi ku sanggup menunggu biarpun ia sekadar angan – angan kosong. Ku yakin ku pasti bintang bukan bersendirian. ALLAH menciptakan sesuatu itu berpasangan. Cahaya bintang pasti akan bersama kerlipannya biarpun seribu tahun penantiannya.