Kata orang melakukan sesuatu pekerjaan haruslah didahulukan dengan niat. Nawaitu itu bermula dari hati, dan hati lah yang akan memainkan peranan besar, jika mulut kata nak tapi hati kata tidak. Sudah pastinya perkara yang disebut tidak akan menjadi. Di setiap tubuh manusia di bumi Allah ini pasti memiliki segumpal daging yang bertindak untuk menghidupkan kehidupan setiap insan yang memilikinya iaitu hati. Sungguh hebat ciptaan Illahi segumpal daging yang boleh mencipta pelbagai perasaan, kadang kala marah, sedih, gembira, kecewa, teruja dan banyak lagi. Hati diibaratkan sebagai sekeping kaca jernih yang harus dijaga dengan baik, silap langkah kaca akan pecah berderai ataupun menjadi kotor. Sebagai khalifah di dunia yang sementara ini, gunakanlah hati sebaik – baiknya karena sekali tersilap langkah dalam penjagaan hati, buruk padahnya. Luka di tangan boleh dilihat luka dihati siapa yang tahu, jagalah hati, fahamilah orang lain sebelum menyuruh orang memahami diri sendiri. Oh hatiku terima seadanya, diriku yang lemah dalam penjagaanmu ini….OH YA ALLAH bimbinglah daku menjaga hati ku ini….



No comments:
Post a Comment