Sesekali duduk dalam kegelapan membuatkan kita terfikir betapa bersyukurnya kita dianugerahkan cahaya suria matahari, sesekali kita merentasi terowong kegelapan membuatkan kita terfikir betapa bertuahnya kita mempunyai cahaya penerang tetapi betapa bersyukurnya kita kerana diberikan peluang untuk melihat setiap inci dunia ciptaan Maha Esa yang sangat indah, mana mungkin kita dapat melihatnya jika kita tidak dianugerahkan cahaya penglihatan, betapa bersyukurnya kita kerana diberikan nikmat yang tiada pulangannya. Syukur tidak terhenti di situ sahaja, setelah lama mencari permata yang indah, setelah lama menanti cahaya kilauannya, setelah lama berdoa memohon petunjuk dan hidayat Mu, sang pencerita hanya meminta sedikit saja untuk menerangi dunia yang gelap, hati yang gelap kesunyian akhirnya Kau menemukan sang pencerita dengan cahaya permata yang sangat indah sehingga berjaya menerangi dunia sang pencerita, hidup tidak lagi di dalam kegelapan, hidup tidak lagi terumbang ambing, perjalanan tidak lagi tersadung, adakalanya cahaya menyilaukan mata sang pencerita tetapi dihalanginya dengan cermin mata yang meredakan cahaya, adakalanya cahaya seakan – akan mahu berhenti berkilau, sang pencerita tetap menggilap permata sehingga menghasilkan cahaya menerangi sang pencerita. Terima kasih atas penemuan ini Ya ALLAH, kekalkan lah cahaya permata ini sehingga ke akhirnya, lindungilah cahaya pemata ini, penemuan terindah buat sang pencerita, peliharalah cahaya permata ini Ya ALLAh ku memohon kepadaMu…..



No comments:
Post a Comment