“Aim to the sky, if you cannot reach it at least touch the moon”. Ungkapan yang sering diluahkan oleh seorang individu yang bercita – cita tinggi. Bagaimanakah seorang individu itu boleh berfikiran sampai ke situ??? Mungkinkah kerana keyakinan yang lebih, atau sudah terlampau yakin dengan diri sendiri, TIDAK!!! Semuanya kerana individu tersebut sememangnya yakin dengan dirinya melebihi kemampuannya. Dia berasa kemampuannya bukan setakat itu, dia mampu buat lebih lagi. Tetapi, bagaiman pula orang yang bercita – cita tinggi inginkan sesuatu, sedangkan dia tidak berusaha. Bagaimana pula orang yang bercita – cita tinggi tetapi sudah berusaha dan bertawakkal. Bagaimana pula individu yang hanya mengharapkan doa serta tawakkal daripada Yang Maha Esa daripada berusaha??? Apakah persoalan ini akan dapat dijawab?? Setiap individu ada pandangan mereka. Mungkin sesetengah individu bercita – cita inginkan sesuatu dan beliau yakin dengan cita – cita itu tetapi kecundang ditengah jalan, pastinya jalan terbaik adalah bersabar dan berdoa, ALLAH itu Maha Bijaksana. Setiap perbuatan ada sebabnya, mungkin belum ketentuannya..kita sebagai hambanya yang lemah hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal…INSYAALAH ADA JALANNYA…….


No comments:
Post a Comment