Friday, February 4, 2011

IKTIBAR CERITA (PEDULI)

Kelihatan Arif sedang duduk termenung di beranda rumah. Lalu datang atuk menegurnya.

Atuk : Arif, kenapa termenung ni???      

Arif : Emm, tak de apa atuk, Arif cuma sedih sikit je…

Atuk : kenapa ni arif, sebab apa?

Arif :  Arif sedih tuk, semua kawan arif tak peduli dekat arif dah, mak dgn ayah pun sama.
          mak dgn ayah arif faham lah sebab sibuk dgn kerja, tapi kawan arif tu???

Atuk : Arif jangan cakap macam tu, siapa kata mereka tak peduli dekat arif, mak dgn ayah kan
           sibuk bekerja, mereka nak cari rezeki untuk siapa, untuk arif la. Mai cerita kat atuk
           kenapa arif fikir macam ni…

Arif : Mana tidaknya, arif tunggu dyorg tgur atau SMS arif, tapi tak ada pun..

Atuk : Arif, tak kan la arif nak tunggu je, arif pun kena tegur juga..

Arif : Arif ada tegur dyorg tuk, tapi sesekali arif nk juga dyorg tegur arif.
         dyorg macam dah tak pedulikan arif je. Keluar pun dah tak ajak arif. Arif sedih la tuk.

Atuk : Arif ni atuk nak cerita, adakah arif ada sorang je kawan?? Kalau sorang je tak tegur yang
          lain boleh tegur arif kan. Cuba arif bayangkan bukan kawan arif tak pedulikan
         arif tapi ALLAH. Semua doa dan ibadah arif tak diterima, macam mana tu arif,
         dgn siapa arif nak minta tolong, kalau arif dalam kesusahan, siapa nak tolong.

Arif : yelah atuk, sepatutnya arif bersyukur ALLAH sentiasa ada di sisi kita. Walaupun
         sejahat mana kita ALLAH tetap ada dgn kita.

Atuk : Betul tu, pintu taubat sentiasa terbuka, jadi jangan arif sedih - sedih sebab tiada
          orang tegur arif. Sekarang arif sematkan dalam hati, kalau tak ada yang tegur,
          ALLAH sentiasa ada dekat dgn kita, kita boleh dekatkan diri dgn solat dan baca
          Al- Quran.

Arif : Terima kasih atuk sebab tolong arif dan tenangkan arif. Arif akan cuba sedaya upaya
         untuk menjadi tabah. Atuk sibuk tak? Jom kita main badminton.

Atuk : Alah untuk cucu atuk sayang ni tak ada masalah. Atuk dah macam lee chong wei taw.

Arif : Haha, ok atuk jom..

ALLAH sentiasa ada dengan kita, tinggal kita saja yang mahu 
berada di sampingnya atau tidak
renungkanlah.......

No comments:

Post a Comment