Syukur Alhamdulillah, segala pujian keatas Allah yang Maha Esa. Syukur kerana diriku diberi nikmat sebegini. Syukur diriku diberi peluang menjadi yang terbaik. Syukur diriku diberi peluang merasa di atas. Syukur diriku di atas cahaya yang mendampingiku. Syukur diriku diberi peluang mendampinginya. Syukur atas segala yang Engkau berikan Ya Allah. Tiada perkataan dapat digambarkan melainkan syukur. Terima kasih atas peluang ini Ya Allah. Di atas sehelai sejadah putih ku pohonkan kesyukuran diiringi titisan air mata. Oh Ya Allah, mengapa Kau terus memberi nikmat kepadaku sedangkan ku sering melupakanmu sering meninggalkan suruhanmu. Oh Ya Allah janganlah Kau berehenti memberi nikmat kepadaku, sesungguhnya nikmat yang Kau berikan tiada bandingannya. Oh Ya Allah Kau permudahkan urusanku, di samping cahaya – cahayamu. Sesungguhnya ku amat mengasihi cahaya – cahayamu, jadikan cahayamu sentiasa berkelip disampingku. Tidak kira sewaktu malam atau siang. Cahaya yang sentiasa berkelip menerangkan dunia disamping cahaya suria. Oh Ya Allah ku amat mencintaimu, syukur ke hadrat mu Ya Allah……



Kata2ny indah & penuh brmkna....Nice songs 4the background...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
May Allah S.W.T bless u......
Insya Allah..... ~^_^~