Sudah ciptaan ALLAH. Setiap sesuatu pasti ada pasangannya, seperti langit dan bumi. Hubungan mereka sangat akrab. Pasti anda sekelian umat tidak pernah melihat mereka bergaduh, jika mereka bergaduh pastnya huru hara dunia. Kedua – duanya amat penting sekali bagi sekelian umat. Langit penting untuk kita, serta bumi turut memainkan peranan penting. Bagaimana pula dibandingkan dengan manusia. Pastinya banyak keistimewaannya, tetapi manusia cepat lupa. Ada manusia berasa kedudukannya seperti langit dan bumi. Seperti orang yang mempunyai lebih ilmu dengan orang yang mempunyai kurang ilmu. Pastinya orang yang kekurangan ilmu ini berasa seperti langit dan bumi dengan orang yang mempunyai banyak ilmu. Terbitlah sifat takut, malu dan janggal. Kadangkala orang yang mempunyai ilmu pastinya ingin orang yang kekurangan ilmu mengikut telunjuknya. Kadangkala sebaliknya, itulah sebab mengapa orang yang kekurangan ilmu terasa seperti langit dan bumi. Apalah yang nak dibandingkan denganya, mungkin sekadar ayat yang tak seberapa dengan ilmu yang lebih setitik daripadanya. Alangkah indahnya kalau setiap manusia yang berfikiran begitu tiada di dunia ini. Contohilah langit dan bumi yang langsung tidak pernah merungut, bertengkar, malahan mereka saling bantu membantu. Tiada sedikit pun jurang di antara mereka walaupun kedudukan mereka jauh sekali. Alangkah indahnya………..
Budi bahasa budaya kita, aturlah bicara jika ingin berkata - kata sebagai langkah berjaga - jaga. Tutur kata merupakan pendorong untuk kita berjaya.
Friday, March 4, 2011
Thursday, March 3, 2011
CAHAYA a.k.a ‘NUR’
Sebelum kehadirannya hidup ibarat dalam terowong sesekali ternampak juga cahaya tetapi samar – samar. Sebelum kehadiran dia diriku umpama seekor anak ayam yang mencari – cari ibunya. Sesekali terasa dunia gelap bagai diriku seorang saja yang duduki. Dimanakah arah tuju, dimana cahaya yang selama ini menerangi bumi. Adakah cahaya sudah merajuk dengan diriku..apakah diriku tidak cukup bagus untuk cahaya.. Adakah diriku hanya berhak memilki cahaya lampu minyak dan lilin daripada cahaya lampu neon yang kuat dan terang. Mengapakah cahaya yang paling agung iaitu cahaya suria tidak menemaniku. Mungkin diriku belum ditakdirkan untuk memilikinya. Ku pasti satu hari nanti cahaya yang terang akan mendampingiku. Satu hari sewaktu diriku masih ditemani cahaya lampu minyak gas, tiba – tiba diriku seperti disapa oleh angin untuk menoleh ke kanan. Ku toleh ke kanan dan kutemui satu sumber cahaya yang sangat indah ciptaannya. Bagaikan mimpi jadi kenyataan ku rasa diriku sudah menemui cahaya terang yang baru. Setiap hari diriku diterangi oleh cahayanya, malam tidak lagi sunyi dan gelap gelita. Saat cahaya mula mendekatiku, bumi juga turut diteranginya. Inilah ciptaannya sungguh agung. Diriku sangat bersyukur dengan pertemuan itu.. Terima kasih cahayaku.. kau pastinya penyeri hidupku… Semoga cahayamu sentiasa berkilau dan tidak akan malap….=)
Khas buat cahayaku......=)
Subscribe to:
Posts (Atom)





