Kadang – kadang Allah
turunkan hujan disertakan dengan guruh dan petir, kita manusia tertanya – tanya
kemanakah hilangnya matahari, rupa – rupanya Allah berikan kita pelangi. Kadang
- kadang ku tetanya mengapa Allah turunkan Hujan dan bukan menurunkan cahayanya
sepanjang masa. Benak fikiran ku terhenti seketika dan berfikir, adakah Allah
sengaja mahu membasahi seluruh makhluknya, kadang – kadang ku terfikir hujan
sering kali mengganggu masa ku untuk bermain di luar, ibu – ibu yang menjemur
kain dan melakukan aktiviti harian yang lain. Tapi mengapa Allah tetap
menurunkan hujan, kadangkala lebat mendatangkan banjir pula. Lantas ku sedari
sesuatu. Hujan yang turun untuk memberikan pelangi yang indah kepada kita,
hujan membawa keberkatan, hujan mensucikan dan menguatkan, hujan sebagai
peringatan dan hujan juga merupakan rezeki seluruh makhluk.
Tetapi Allah?
kenapa mesti diturunkan hujan didalam diri ku ini? Puas ku berfikir, puas ku
merujuk kitab – kitabnya akhirnya ku temui solusinya, kesdihan adalah realiti kehidupan
bukan kekesalan yang berpanjangan yang harus kita tanggung. Jika kita terus
menyalahkan keadaan sekeliling, kita seoolah – olah menghukum diri kita sendiri
dengan cara yanag salah, kesedihan bukan bermakna kita tidak mencapai apa –apa yang
kita harapkan atau kehilangan sesuatu yang bermakna. Tetapi untuk kita pelajari
sesuatu yang bermakna daripada kesedihan itu insyaAllah…(credit to
thesyafiqmokhtar.blogspot)..=) ada kala nya ku berasa ingin mengundurkan diri,
tetapi diri ku kuat mengatakan bertahan la, kebahagian akan tercapai suatu hari
nanti..



No comments:
Post a Comment