Tuesday, March 1, 2011

KAWAN

Assalamualaikum pembuka kata...ingatkan tak ingin menulis seperti ini, tetapi perasaanku kuat ingin menulis..

Orang kata kawan memang orang yang paling rapat selepas ibu bapa
dan kenyataan itu memang tepat 100 peratus..tiada orang lain yang 
lebih rapat dengan kite melainkan kawan..

Aku sebagai manusia juga turut mempunyai kawan..
baru 2 hari lepas aku bercuti bersama kawan..
kami semua bercuti ke PD...memang seronok tidak terkata..
sampai muke pergi yang putih tu boleh jadi hitam la katakan..hehe

Tapi bukan itu yang ingin kuluahkan..
kenangan bersama kawan, suka duka, sedih tawa, riang..
itu yang ingin kuluahkan..sungguh indah zaman persekolahan kita
bagaikan bermimpi aku sudah tamat bersekolah..
tiada lagi teman yang duduk bersebelahan waktu sekolah..
tiada lagi makan bersama di kantin..
Aku masih ingat lagi kenangan di sekoalah dulu..
sewaktu semua pelajar form 5 wajib duduk di asrama
kerana terdapat program di sekolah..
memang menyeronokkan, itulah kali pertama aku duduk di asrama
cara mandi, makan semua berbeza, memang masih menjadi kenangan..

Afif, azizi, mawardi, hafiz, budu, hazuan, taufiq
akim, raj, kalai korang memang bez..
tak lupa jugak kawan di saas..
yang ni lagi gile2...
team sempoi la katakan...
Fat, naz, afif, noor, mizan, otto..
meor, hasif, yot, wak nyer, kumal, wak dol, wafaa..
n de brape kawan yang lain cam aizat, majod..hehe
harap2 kenangan ngan korang semua
akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita
tak lupa jgk kawan2 perempuan..huhu

setiap kenangan pastinya akan dikenang
tidak mungkin kenangan akan dilupakan begitu sahaja..
its like one in a million to get know all of you..
hopes persahabatan kita akan kekal sehingga keakhir hayat..
selagi jasad dan roh masih bersatu..
tidak mungkin akan kulupa setiap insan
yang bergelar KAWAN...



Friday, February 4, 2011

IKTIBAR CERITA (PEDULI)

Kelihatan Arif sedang duduk termenung di beranda rumah. Lalu datang atuk menegurnya.

Atuk : Arif, kenapa termenung ni???      

Arif : Emm, tak de apa atuk, Arif cuma sedih sikit je…

Atuk : kenapa ni arif, sebab apa?

Arif :  Arif sedih tuk, semua kawan arif tak peduli dekat arif dah, mak dgn ayah pun sama.
          mak dgn ayah arif faham lah sebab sibuk dgn kerja, tapi kawan arif tu???

Atuk : Arif jangan cakap macam tu, siapa kata mereka tak peduli dekat arif, mak dgn ayah kan
           sibuk bekerja, mereka nak cari rezeki untuk siapa, untuk arif la. Mai cerita kat atuk
           kenapa arif fikir macam ni…

Arif : Mana tidaknya, arif tunggu dyorg tgur atau SMS arif, tapi tak ada pun..

Atuk : Arif, tak kan la arif nak tunggu je, arif pun kena tegur juga..

Arif : Arif ada tegur dyorg tuk, tapi sesekali arif nk juga dyorg tegur arif.
         dyorg macam dah tak pedulikan arif je. Keluar pun dah tak ajak arif. Arif sedih la tuk.

Atuk : Arif ni atuk nak cerita, adakah arif ada sorang je kawan?? Kalau sorang je tak tegur yang
          lain boleh tegur arif kan. Cuba arif bayangkan bukan kawan arif tak pedulikan
         arif tapi ALLAH. Semua doa dan ibadah arif tak diterima, macam mana tu arif,
         dgn siapa arif nak minta tolong, kalau arif dalam kesusahan, siapa nak tolong.

Arif : yelah atuk, sepatutnya arif bersyukur ALLAH sentiasa ada di sisi kita. Walaupun
         sejahat mana kita ALLAH tetap ada dgn kita.

Atuk : Betul tu, pintu taubat sentiasa terbuka, jadi jangan arif sedih - sedih sebab tiada
          orang tegur arif. Sekarang arif sematkan dalam hati, kalau tak ada yang tegur,
          ALLAH sentiasa ada dekat dgn kita, kita boleh dekatkan diri dgn solat dan baca
          Al- Quran.

Arif : Terima kasih atuk sebab tolong arif dan tenangkan arif. Arif akan cuba sedaya upaya
         untuk menjadi tabah. Atuk sibuk tak? Jom kita main badminton.

Atuk : Alah untuk cucu atuk sayang ni tak ada masalah. Atuk dah macam lee chong wei taw.

Arif : Haha, ok atuk jom..

ALLAH sentiasa ada dengan kita, tinggal kita saja yang mahu 
berada di sampingnya atau tidak
renungkanlah.......