Selama ini kau sering mendampingiku dikala suka, duka, sedih, gundah. Kini kau terpaksa pergi meninggalkanku. Bintang yang selama ini menerangiku dengan cahaya kerlipanmu semakin malap meninggalkan ku. Tiada lagi kerlipan sinismu, kerlipan tawamu, kerlipan cahayamu. Sering kali ku pelihara mu, sering kali kau menerangiku, sering kali kau menyedarkan ku, dikala ku kehilangan kau sering menemuiku. Kini ku hanya dapat melihat kau berkilau dari jauh. Bintang yang sering menerangiku kini hanya menerangi sekelian alam. Bukan hanya diriku saja. Ku redha dengan ketentuan mu Ya Allah, belum masanya diriku diterangi cahaya kerlipanmu. Belum masanya diriku memiliki cahaya kerlipanmu. Ku pasti satu hari nanti bintang yang sering ku perhatikan akan sentiasa berkelip untuk diriku. Bintang yang sangat terang akan tiba satu hari nanti. Ku pasti menunggunya. Pergilah bintangku, terangilah dunia kurnian ilahi dengan cahayamu.Budi bahasa budaya kita, aturlah bicara jika ingin berkata - kata sebagai langkah berjaga - jaga. Tutur kata merupakan pendorong untuk kita berjaya.
Wednesday, April 27, 2011
PERGILAH BINTANGKU
Selama ini kau sering mendampingiku dikala suka, duka, sedih, gundah. Kini kau terpaksa pergi meninggalkanku. Bintang yang selama ini menerangiku dengan cahaya kerlipanmu semakin malap meninggalkan ku. Tiada lagi kerlipan sinismu, kerlipan tawamu, kerlipan cahayamu. Sering kali ku pelihara mu, sering kali kau menerangiku, sering kali kau menyedarkan ku, dikala ku kehilangan kau sering menemuiku. Kini ku hanya dapat melihat kau berkilau dari jauh. Bintang yang sering menerangiku kini hanya menerangi sekelian alam. Bukan hanya diriku saja. Ku redha dengan ketentuan mu Ya Allah, belum masanya diriku diterangi cahaya kerlipanmu. Belum masanya diriku memiliki cahaya kerlipanmu. Ku pasti satu hari nanti bintang yang sering ku perhatikan akan sentiasa berkelip untuk diriku. Bintang yang sangat terang akan tiba satu hari nanti. Ku pasti menunggunya. Pergilah bintangku, terangilah dunia kurnian ilahi dengan cahayamu.Wednesday, April 13, 2011
SYUKUR
Syukur Alhamdulillah, segala pujian keatas Allah yang Maha Esa. Syukur kerana diriku diberi nikmat sebegini. Syukur diriku diberi peluang menjadi yang terbaik. Syukur diriku diberi peluang merasa di atas. Syukur diriku di atas cahaya yang mendampingiku. Syukur diriku diberi peluang mendampinginya. Syukur atas segala yang Engkau berikan Ya Allah. Tiada perkataan dapat digambarkan melainkan syukur. Terima kasih atas peluang ini Ya Allah. Di atas sehelai sejadah putih ku pohonkan kesyukuran diiringi titisan air mata. Oh Ya Allah, mengapa Kau terus memberi nikmat kepadaku sedangkan ku sering melupakanmu sering meninggalkan suruhanmu. Oh Ya Allah janganlah Kau berehenti memberi nikmat kepadaku, sesungguhnya nikmat yang Kau berikan tiada bandingannya. Oh Ya Allah Kau permudahkan urusanku, di samping cahaya – cahayamu. Sesungguhnya ku amat mengasihi cahaya – cahayamu, jadikan cahayamu sentiasa berkelip disampingku. Tidak kira sewaktu malam atau siang. Cahaya yang sentiasa berkelip menerangkan dunia disamping cahaya suria. Oh Ya Allah ku amat mencintaimu, syukur ke hadrat mu Ya Allah……
Subscribe to:
Posts (Atom)




